NORAH'S GUEST HOUSE TANAH MERAH KELANTAN

"Miliki penginapan yang selesa mengikut bajet anda"

BLOG Norah's Guest House

view:  full / summary

BELAJAR BUAT DUIT BANYAK DALAM PERKARA BIASA DULU:

Posted by norahtuah on August 21, 2013 at 9:00 AM Comments comments (0)

Pagi tadi saya telah mendengar taklimat yang sangat bermotivasi oleh Dato Roslan Ab Hamid. Di sini ingin saya kongsikan perkara tersebut.

BELAJAR BUAT DUIT BANYAK DALAM PERKARA BIASA DULU:

 

Puan Guru saya selalu berpesan: Jadi diri sendiri. Mulakan dengan apa yang ada ditangan. Usah tunggu mukizat datang mahu membelah bulan. Nabi Muhammad saw bermula dengan beberapa orang di rumah Al Arqam ibn abil Arqam.

 

Semasa remaja, Muhammad membela kambing, belajar berdagang dengan berkuli dalam rombongan pedagang bapa saudaranya. Kemudian baru jadi "Trader Antarabangsa" rakan kongsi wanita terkaya di Kota Dagangan tersibuk Makkah. Barangan dagangan "Khadijah Khuwailid - Muhammad Abdullah Sdn Bhd" merentas jazirah Arab.

 

Sebab itu, apabila pelajar MRSM diajar oleh "consultant business" untuk menjadi luar biasa dengan model buat kertas rancangan perniagaan dan kertas pinjaman, main catur bestari dan game ala ala Donal Trump, saya rasa lelah.

 

Mereka ini masuk dalam gelombang anti biasa dan mahu jadi orang luar biasa. Mereka tidak berjejak dibumi nyata. Mereka tidak tahu bagaimana Tan Sri Annuar Musamendidik budak budak biasa dalam The Red Warriors untuk jadi diri sendiri dan seronok bermain dalam pasukan. Akhirnya menang kejuaraan berganda.

 

PROGRAM KEUSAHAWAN PERLU BERCORAK SEBEGINI RUPA

 

Bisnes Gaya Nabi Muhamad

Posted by norahtuah on May 7, 2013 at 9:45 PM Comments comments (0)

Pada hari ini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai bisnes gaya nabi muhamad yang saya pelajari dari mentor perniagaan saya pn Ainon Mohd. Secara ringkasnya:

Membuka bisnes pertama gaya Nabi Muhammad....

 

Beberapa pengajaran yang dapat digali daripada bisnes pertama Nabi Muhammad.

 

+ Bisnes beliau yang pertama adalah dalam sektor servis.

 

Nabi Muhammad mula menjalankan bisnes pada usia 8 tahun. Beliau menjalankan servis menjaga haiwan ternakan.

 

Pengajarannya, kita buatlah servis yang sangat asas, yang kerja itu budak-budak pun dapat lakukan!

 

+ Entry-barrier bisnes servis adalah sangat rendah.

 

Kanak-kanak pun boleh masuk sektor ini. Tidak pandai membaca dan menulis pun boleh masuk sektor ini.

 

Pengajarannya, kita buatlah servis yang tenaga kerjanya orang tak sekolah pun boleh buat!

 

+ Beliau menggunakan modal 'apa yang ada dalam tangan'.

 

Beliau pandai menjaga ternakan, maka itulah bisnes yang mula-mula beliau buka.

 

Pengajarannya, kita buat servis yang kita sendiri memiliki kemahiran itu, jadi pada peringkat awal kita tak perlu mengupah orang lain membuatnya.

 

+ Beliau tidak berhutang bagi membuka bisnes pertama beliau itu.

 

+ Beliau menjalankan bisness servis ini selama 4 tahun sahaja.

 

Selepas 4 tahun Nabi berhenti bisnes servis, lalu mula belajar bisnes trading.

 

Pengajarannya, kalau mahu kaya raya, kita melompat ke dalam sektor trading.

 

.

Usahawan Jutawan

Posted by norahtuah on April 4, 2013 at 10:20 PM Comments comments (0)


 

Masa mula-mula bisnes dahulu, saya hanya mahu buat duit poket. Student katakan... Bolehlah buat belanja makan dan minum.

 

Kemudian bila sudah hidup di luar dunia kampus, sudah merasa sedikit perit (sebenarnya banyak). Akibatnya, saya semakin sedar, melakukan sebuah perniagaan bukan sekadar menjual dan untuk duit makan dan minum sahaja. Ia lebih daripada itu.

 

Alang-alang menjadi usahawan, biar sampai menjadi usahawan jutawan. Bagi diri saya sendiri, sia-sia dan buang masa sahaja kalau masuk bidang perniagaan tanpa ada tekad untuk menjadi usahawan jutawan. Malah rasa berdosa pula sebab tidak terlalu menjadi usahawan yang super berjaya. Mengapa? Kerana ia telah melukakan hati ibu, ayah dan insan-insan yang paling dekat dengan kita. Sewajarnya apabila telah masuk dalam bidang bisnes, kita mencapai satu tahap yang membanggakan, bukan tahap ala kadar sahaja.

 

Apabila berkata mengenai menjadi jutawan, ini maksudnya:

 

1. Sekurang-kurangnya ada keinginan dan usaha ke arah itu. Sebaiknya kita tidak mahu yang paling kurang, jika boleh kita mahu yang paling lebih.

 

2. Jadi jutawan ataupun tidak, ia adalah ketentuan Ilahi. Tugas kita adalah berusaha semaksima yang paling kita mampu.

 

3. Ia ambil masa. Bergantung kepada usaha dan rezeki masing-masing.

 

4. Bidang perniagaan yang dilakukan sebaiknya memang ada potensi besar untuk menjadikan kita usahawan jutawan.

 

5. Mindset ada tahap-tahapnya. Jika dahulu kita berniaga untuk makan dan minum sahaja, pastikan mindset itu sudah tidak ada lagi sekarang. Mindset kita sekarang lebih daripada itu.

 

6. Usahawan jutawan bukan hanya pada jumlah wang dan aset, sebaliknya usahawan jutawan adalah dalam satu pakej yang menyeluruh.

 

7. Perjuangan seorang usahawan jutawan bukan untuk poket sendiri sahaja, malah untuk umat, bangsa dan negara.

 

8. Bekerja keras. Usaha yang dilakukan bukan biasa-biasa dan ala kadar.

 

9. Tekad. Kalau sudah menetapkan mahu menjadi usahawan jutawan, hati sudah tekad sepenuhnya.

 

10. Jelas. Jalan yang dirancang sudah jelas. 'Tarikh' keramat mencapai status usahawan jutawan telah ditetapkan.

 

11. Mentor. Sebaiknya kita ada seorang mentor yang sudah menjadi usahawan jutawan. Belajar dan minta nasihat daripada mereka.

12. Rakan usahawan yang positif. Biarkan diri kita ‘dikelilingi’ oleh rakan-rakan usahawan yang juga mempunyai impian yang sama.

13. Bersedia. Sudahkah hati kita bersedia untuk menjadi jutawan? Lidah kata mahu, tapi hati pula masih malu-malu hanya akan membuatkan perjalanan kita tidak lancar. Tindakan, kata-kata dan hati wajib seia sekata.

14. Berani gagal dan berani menang. Seorang usahawan adalah seorang pejuang. Ketakutannya dijadikan sebagai keberanian.

15. Bersih jiwa dan minda. Tidak mengapa jika tidak terlalu sempurna, sekurang-kurangnya tidak mudah kalah dengan unsur-unsur negatif.

16. Keluar dari zon selesa. Terlalu selesa dengan cara dan hasil sekarang hanya menyukarkan dan melambatkan kita mencapai matlamat yang kita tetapkan.

17. Fokus. Fokus pada matlamat utama dan fokus pada usaha-usaha yang berkaitan sahaja. Sentiasa berkata tidak kepada perkara yang boleh melambatkan ataupun melencongkan perjalanan usaha kita.



Petikan dari motivasi usahawan .com

 

 

Sejarah Bandar Tanah Merah Kelantan

Posted by norahtuah on March 3, 2013 at 11:15 PM Comments comments (0)

Bandar Tanah Merah mula berkembang apabila perahu-perahu yang lalu di sepanjang Sungai Kelantan singgah untuk berdagang di Pekan Bukit Remah. Pekan tersebut terletak di tebing Sungai Kelantan.

Lama kelamaan tumpuan orang ramai mula beralih ke suatu kawasan yang letaknya 3 km ke utara yang sekarang ini merupakan bandar Tanah Merah. Bandar berkenaan menjadi lebih berkembang dengan wujudnya laluan keretapi dan seterusnya stesen keretapi.

Pada awalnya, bandar Tanah Merah dan jajahan Tanah Merah adalah sebahagian daripada jajahan Pasir Mas. Tetapi bermula pada 2 hb Februari 1955, jajahan Tanah Merah mula diwujudkan yang mana bandar Tanah Merah menjadi pusat pentadbiran sepenuhnya.

Bagi mentadbirkan bandar Tanah Merah dan pekan-pekan di jajahan Tanah Merah, beberapa Penguatkuasa Tempatan diwujudkan di bawah Undang-Undang Kerajaan Tempatan 1952.

Mengikut sejarah melayu,Tanah Merah merupakan Ibu Kota bagi Kerajaan Melayu lama iaitu Kerajaan Chi Tu. Mengikut rekod Kerajaan China Dinasti Sui.

Pada kurun ke-7, terdapat satu penempatan dan pemerintahan berpusat Kerajaan yang di kenali sebagai Chi Tu (Bumi Merah) di satu kawasan yang mana Pada hari ini dikenali sebagai Kelantan.Populasi penduduk Jajahan Tanah Merah pada 2005 adalah seramai 108, 288 orang. Majoritinya adalah kaum Melayu.

Sumber: portal rasmi majlis daerah Tanah Merah, Kelantan.

Millionaire entrepreneur life lesson

Posted by norahtuah on March 1, 2013 at 3:00 AM Comments comments (0)

#1 : Learn to Sell and overcome rejection.

#2: Opportunities to make money are all around you. it involves identifying problems and needs and finding a way to solve it.

 #3: When you are commited and resourceful enough, there is always a way.

#4: People are your greatest wealth resource. It's not what you know, it's who you know.

#5: The power of leverage. accelerate your own success by leveraging on the success of others.

#6: A business is a money-making machine that works with or without you.

#7: Building a successful business involves.

      a)building a brand.

      b) building a business system tha can be replicated into other markets.

      c) building the right team to run he business.

 petikan dari Adam Khoo.

Pelaburan EMAS dan PERAK FIZIKAL

Posted by norahtuah on January 10, 2013 at 12:05 AM Comments comments (0)

Alhamdulillah, pertama sekali kami memanjatkan kesyukuran ke hadrat illahi kerana dibukakan hati dan minda untuk melabur didalam pelaburan EMAS dan PERAK FIZIKAL. Dulu,  kami amat sukar untuk menerima pelaburan EMAS fizikal kerana memikirkan kos upah belian tinggi yang perlu dibayar dan kami anggap itu tidak berbaloi. Oleh itu, kami telah membuka buku akaun emas di salah sebuah bank terkemuka di Malaysia. Namun, hampir setahun kami menunggu pulangan, nampaknya tidak ada sedikit pun peningkatan. Agak lama jugak kami mencari-cari instrument pelaburan yang dapat menggantikan akaun emas tersebut. Alhamdulillah pada 23/12/2012, allah swt telah membuka jalan keluar kepada kami dengan menghadiri seminar celik emas yang ditaja oleh pihak GCP (http://www.gcp.com.my/). Banyak input yang kami dapat dari seminar tersebut dan kami mula sedar betapa pentingnya simpanan emas ini. AMAT PENTING , PENTING, PENTING.....

Bermula dari situ kami bertekad untuk menutup buku akaun emas walaupun mengalami kerugian. Di dalam hati kami berkata, "biarlah rugi sekrang dari menanggung kerugian yang lebih besar lagi". Semua wang yang kami perolehi dari penutupan akaun emas ini telah ditukarkan menjadi EMAS FIZIKAL. Dan kini, kami menjadi lebih minat dan peka dengan pelaburan emas, harga emas, kepentingan emas, dan semua yang berkaitan dengan emas.

Ini adalah sedikit pengalam kami yang ingin dikongsikan. Marilah kita sama - sama melabur di dalam EMAS dan PERAK FIZIKAL. Kepada yang ingin bertanya, sila hubungi kami/sms di nombor:

010-9313026 (Ahmad)

016-8313664 (Norah)

AHLI GCP SAH BERDAFTAR: AD4119




NORAH'S GUEST HOUSE BERUMUR SETAHUN

Posted by norahtuah on January 3, 2013 at 7:50 AM Comments comments (0)

Alhamdulillah..hr ini genaplah setahun penubuhan Norah's Guest house di Tanah merah Kelantan. Penghargaan tidak terhingga untuk kedua orang tua kami yang telah mendoakan kejayaan perniagaan guest house ini. Tanpa mereka Norah's Guest house ini tidak mampu beroperasi dengan jayanya. Banyak pengalaman yang diharungi dan semuanya menjadi panduan untuk memberikan perkhidmatan terbaik di masa hadapan. Kepada pelanggan yang budiman yang hampir mencecah 35 orang bersama keluarga masing-masing   dari pelbagai negeri di Malaysia, sokongan anda amatlah kami hargai. Alhamdulillah, kami jugak menerima pelanggan yang berulang seperti Pn Norma , Cik Azura dan lain-lain lagi (Biasanya diskaun akan diberikan atas penghargaan kepercayaan anda kepada perkhidmatan kami). Kepuasanhati pelanggan amatlah diutamakan..Kami jugak amat menghargai segala komen yang diberikan dan alhamdulillah tindakan terus telah diambil dari setiap komen yang dikemukakan.

HAPPY BIRTHDAY TO NORAH'S GUEST HOUSE

TIPS PENJAGAAN GUEST HOUSE

Posted by norahtuah on November 4, 2012 at 4:55 AM Comments comments (0)

Antara tips untuk menjamin kelancaran dan kepuasan penyewa Guest House anda adalah:

 

PANGGILAN TELEFON :

Jawap setiap panggilan dengan segera atau telefon semula nombor dalam hphone jika "miss call". Ada tuan punya homestay mengadu bosan menjawap telefon berulang kali dari orang yang berbeza meminta tarikh yang telah ditempah (Jawap saya beri saja rumah untuk sewa bulanan, bukan homestay). Jika anda mengiklan dalam Pakej 1 pastikan email anda diperiksa setiap hari.

TEPATI JANJI ANDA :

Saya pernah menempah sebuah homestay sebulan sebelum perjalanan dan dapati homestay berkenaan tak boleh diduduki sehari sebelum sampai kerana telah disewakan kepada orang lain. Perniagaan yang berjaya dan diberkati terhasil dari sikap yang amanah dan menepati janji.

DEPOSIT TEMPAHAN :

Pastikan anda meminta sedikit deposit sebagai tanda mengesahkan sewaan dari penyewa. Tempahan tanpa deposit lebih risiko pembatalannya. Untuk mendapat penyewa 1-2 hari sebelum tarikh yang telah dibatalkan selalunya agak sukar.

SERVIS :

Jenguk lah homestay yang berpenghuni sekurang-kurangnya sekali sehari untuk bertanya kabar dan menyelesaikan sebarang masalah penyewa. Pastikan anda telah bersedia jika timbul masalah, antaranya yang melibatkan bekalan air, elektrik, kerosakan peralatan dalam rumah dan sebagainya.

Petikan daripada : Seri Anggerik directory

CUTI SEKOLAH 2012

Posted by norahtuah on November 2, 2012 at 10:15 AM Comments comments (0)

Bahang cuti akhir tahun sekolah 2012 sudah bermula..banyak tempahan telah diterima dari pelanggan dari pelbagai negeri seperti Selangor dan Pahang. Tidak ketinggalan jugak tempahan-tempahan yang dibuat 'last minute'..mmmm kelam kabut jugak menguruskannya.Kepada penyewa 'last minute' , kami memerlukan sedikit masa utk mengemaskan ruangan homestay. sebab kami mau semua pelanggan yang singgah di homestay kami berada didalam keadaan selesa. kami amat mementingkan kebersihan atas dasar kepercayaang pelanggan memilih kebersihan untuk menginap. 8)

RAMADHAN & HARI RAYA

Posted by norahtuah on July 8, 2012 at 1:25 AM Comments comments (0)

Insyallah dlm seminggu lebih lagi, umat islam seluruh dunia akan menyambut hari yang penuh bermakna iaitu bulan ramadhan yang mulia. Pada bulan ini marilah kita sama-sama meningkatkan diri dengan membuat banyak amalan yang baik seperti yang diajarkan oleh agama kita. oleh itu, di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menyambut bulan ramadhan yang bakal tiba. insyallah.


Rss_feed

Hot-Line Norah's Guest House:

010-9313026 (Ahmad)
016-8313664 (Norah)
016-9805652 (Haron)

Lihat Norah's Guest House di Google Map (sila klik peta)

Norah's Guest House Tanah Merah satellite map

Temui kami di facebook

Senarai Tempahan

No upcoming events

Pelawat Terkini

 

 

Anda boleh add 'picBadge' ini di facebook anda