NORAH'S GUEST HOUSE TANAH MERAH KELANTAN

"Miliki penginapan yang selesa mengikut bajet anda"

BLOG Norah's Guest House

TIPS PENJAGAAN GUEST HOUSE

Posted by norahtuah on November 4, 2012 at 4:55 AM

Antara tips untuk menjamin kelancaran dan kepuasan penyewa Guest House anda adalah:

 

PANGGILAN TELEFON :

Jawap setiap panggilan dengan segera atau telefon semula nombor dalam hphone jika "miss call". Ada tuan punya homestay mengadu bosan menjawap telefon berulang kali dari orang yang berbeza meminta tarikh yang telah ditempah (Jawap saya beri saja rumah untuk sewa bulanan, bukan homestay). Jika anda mengiklan dalam Pakej 1 pastikan email anda diperiksa setiap hari.

TEPATI JANJI ANDA :

Saya pernah menempah sebuah homestay sebulan sebelum perjalanan dan dapati homestay berkenaan tak boleh diduduki sehari sebelum sampai kerana telah disewakan kepada orang lain. Perniagaan yang berjaya dan diberkati terhasil dari sikap yang amanah dan menepati janji.

DEPOSIT TEMPAHAN :

Pastikan anda meminta sedikit deposit sebagai tanda mengesahkan sewaan dari penyewa. Tempahan tanpa deposit lebih risiko pembatalannya. Untuk mendapat penyewa 1-2 hari sebelum tarikh yang telah dibatalkan selalunya agak sukar.

SERVIS :

Jenguk lah homestay yang berpenghuni sekurang-kurangnya sekali sehari untuk bertanya kabar dan menyelesaikan sebarang masalah penyewa. Pastikan anda telah bersedia jika timbul masalah, antaranya yang melibatkan bekalan air, elektrik, kerosakan peralatan dalam rumah dan sebagainya.

Petikan daripada : Seri Anggerik directory

Categories: None

Post a Comment

Oops!

Oops, you forgot something.

Oops!

The words you entered did not match the given text. Please try again.

Already a member? Sign In

0 Comments

Hot-Line Norah's Guest House:

010-9313026 (Ahmad)
016-8313664 (Norah)
016-9805652 (Haron)

Lihat Norah's Guest House di Google Map (sila klik peta)

Norah's Guest House Tanah Merah satellite map

Temui kami di facebook

Senarai Tempahan

No upcoming events

Pelawat Terkini

 

 

Anda boleh add 'picBadge' ini di facebook anda