NORAH'S GUEST HOUSE TANAH MERAH KELANTAN

"Miliki penginapan yang selesa mengikut bajet anda"

BLOG Norah's Guest House

Usahawan Jutawan

Posted by norahtuah on April 4, 2013 at 10:20 PM


 

Masa mula-mula bisnes dahulu, saya hanya mahu buat duit poket. Student katakan... Bolehlah buat belanja makan dan minum.

 

Kemudian bila sudah hidup di luar dunia kampus, sudah merasa sedikit perit (sebenarnya banyak). Akibatnya, saya semakin sedar, melakukan sebuah perniagaan bukan sekadar menjual dan untuk duit makan dan minum sahaja. Ia lebih daripada itu.

 

Alang-alang menjadi usahawan, biar sampai menjadi usahawan jutawan. Bagi diri saya sendiri, sia-sia dan buang masa sahaja kalau masuk bidang perniagaan tanpa ada tekad untuk menjadi usahawan jutawan. Malah rasa berdosa pula sebab tidak terlalu menjadi usahawan yang super berjaya. Mengapa? Kerana ia telah melukakan hati ibu, ayah dan insan-insan yang paling dekat dengan kita. Sewajarnya apabila telah masuk dalam bidang bisnes, kita mencapai satu tahap yang membanggakan, bukan tahap ala kadar sahaja.

 

Apabila berkata mengenai menjadi jutawan, ini maksudnya:

 

1. Sekurang-kurangnya ada keinginan dan usaha ke arah itu. Sebaiknya kita tidak mahu yang paling kurang, jika boleh kita mahu yang paling lebih.

 

2. Jadi jutawan ataupun tidak, ia adalah ketentuan Ilahi. Tugas kita adalah berusaha semaksima yang paling kita mampu.

 

3. Ia ambil masa. Bergantung kepada usaha dan rezeki masing-masing.

 

4. Bidang perniagaan yang dilakukan sebaiknya memang ada potensi besar untuk menjadikan kita usahawan jutawan.

 

5. Mindset ada tahap-tahapnya. Jika dahulu kita berniaga untuk makan dan minum sahaja, pastikan mindset itu sudah tidak ada lagi sekarang. Mindset kita sekarang lebih daripada itu.

 

6. Usahawan jutawan bukan hanya pada jumlah wang dan aset, sebaliknya usahawan jutawan adalah dalam satu pakej yang menyeluruh.

 

7. Perjuangan seorang usahawan jutawan bukan untuk poket sendiri sahaja, malah untuk umat, bangsa dan negara.

 

8. Bekerja keras. Usaha yang dilakukan bukan biasa-biasa dan ala kadar.

 

9. Tekad. Kalau sudah menetapkan mahu menjadi usahawan jutawan, hati sudah tekad sepenuhnya.

 

10. Jelas. Jalan yang dirancang sudah jelas. 'Tarikh' keramat mencapai status usahawan jutawan telah ditetapkan.

 

11. Mentor. Sebaiknya kita ada seorang mentor yang sudah menjadi usahawan jutawan. Belajar dan minta nasihat daripada mereka.

12. Rakan usahawan yang positif. Biarkan diri kita ‘dikelilingi’ oleh rakan-rakan usahawan yang juga mempunyai impian yang sama.

13. Bersedia. Sudahkah hati kita bersedia untuk menjadi jutawan? Lidah kata mahu, tapi hati pula masih malu-malu hanya akan membuatkan perjalanan kita tidak lancar. Tindakan, kata-kata dan hati wajib seia sekata.

14. Berani gagal dan berani menang. Seorang usahawan adalah seorang pejuang. Ketakutannya dijadikan sebagai keberanian.

15. Bersih jiwa dan minda. Tidak mengapa jika tidak terlalu sempurna, sekurang-kurangnya tidak mudah kalah dengan unsur-unsur negatif.

16. Keluar dari zon selesa. Terlalu selesa dengan cara dan hasil sekarang hanya menyukarkan dan melambatkan kita mencapai matlamat yang kita tetapkan.

17. Fokus. Fokus pada matlamat utama dan fokus pada usaha-usaha yang berkaitan sahaja. Sentiasa berkata tidak kepada perkara yang boleh melambatkan ataupun melencongkan perjalanan usaha kita.



Petikan dari motivasi usahawan .com

 

 

Categories: None

Post a Comment

Oops!

Oops, you forgot something.

Oops!

The words you entered did not match the given text. Please try again.

Already a member? Sign In

0 Comments

Hot-Line Norah's Guest House:

010-9313026 (Ahmad)
016-8313664 (Norah)
016-9805652 (Haron)

Lihat Norah's Guest House di Google Map (sila klik peta)

Norah's Guest House Tanah Merah satellite map

Temui kami di facebook

Senarai Tempahan

No upcoming events

Pelawat Terkini

 

 

Anda boleh add 'picBadge' ini di facebook anda