NORAH'S GUEST HOUSE TANAH MERAH KELANTAN

"Miliki penginapan yang selesa mengikut bajet anda"

BLOG Norah's Guest House

Bisnes Gaya Nabi Muhamad

Posted by norahtuah on May 7, 2013 at 9:45 PM

Pada hari ini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai bisnes gaya nabi muhamad yang saya pelajari dari mentor perniagaan saya pn Ainon Mohd. Secara ringkasnya:

Membuka bisnes pertama gaya Nabi Muhammad....

 

Beberapa pengajaran yang dapat digali daripada bisnes pertama Nabi Muhammad.

 

+ Bisnes beliau yang pertama adalah dalam sektor servis.

 

Nabi Muhammad mula menjalankan bisnes pada usia 8 tahun. Beliau menjalankan servis menjaga haiwan ternakan.

 

Pengajarannya, kita buatlah servis yang sangat asas, yang kerja itu budak-budak pun dapat lakukan!

 

+ Entry-barrier bisnes servis adalah sangat rendah.

 

Kanak-kanak pun boleh masuk sektor ini. Tidak pandai membaca dan menulis pun boleh masuk sektor ini.

 

Pengajarannya, kita buatlah servis yang tenaga kerjanya orang tak sekolah pun boleh buat!

 

+ Beliau menggunakan modal 'apa yang ada dalam tangan'.

 

Beliau pandai menjaga ternakan, maka itulah bisnes yang mula-mula beliau buka.

 

Pengajarannya, kita buat servis yang kita sendiri memiliki kemahiran itu, jadi pada peringkat awal kita tak perlu mengupah orang lain membuatnya.

 

+ Beliau tidak berhutang bagi membuka bisnes pertama beliau itu.

 

+ Beliau menjalankan bisness servis ini selama 4 tahun sahaja.

 

Selepas 4 tahun Nabi berhenti bisnes servis, lalu mula belajar bisnes trading.

 

Pengajarannya, kalau mahu kaya raya, kita melompat ke dalam sektor trading.

 

.

Categories: None

Post a Comment

Oops!

Oops, you forgot something.

Oops!

The words you entered did not match the given text. Please try again.

Already a member? Sign In

0 Comments

Hot-Line Norah's Guest House:

010-9313026 (Ahmad)
016-8313664 (Norah)
016-9805652 (Haron)

Lihat Norah's Guest House di Google Map (sila klik peta)

Norah's Guest House Tanah Merah satellite map

Temui kami di facebook

Senarai Tempahan

No upcoming events

Pelawat Terkini

 

 

Anda boleh add 'picBadge' ini di facebook anda