NORAH'S GUEST HOUSE TANAH MERAH KELANTAN

"Miliki penginapan yang selesa mengikut bajet anda"

TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI TANAH MERAH & SEKITARNYA

 1/ Pusat membeli Bukit Bunga

 

Terletak di Tepi Lebuh Raya Utama Timur Barat yang menghubungkan Negeri Kelantan Dan Perak. Bukit Bunga juga bersempadan dengan Negara Thailand. Pusat Membeli Belah Bukit Bunga, Tanah Merah telah dimajukan oleh ketua jajahan Tanah Merah dengan kerjasama KESEDAR dan lain-lain jabatan kerajaan.

 

Terdapat banyak gerai-gerai yang menawarkan barangan tempatan dan barangan import terutama dari Negara Thailand dengan harga yang murah. Selain daripada itu, terdapat gerai makan,minuman, dan buah-buahan. Lain-lain kemudahan yang terdapat di sini ialah Tandas Awam, Masjid, Wakaf, Bank, Balai Polis, Pejabat Pos dan Tempat Letak Kereta.

(sumber: MDTM )

 2/ Lata Hujan

Air Terjun Lata Hujan Tanah Merah terletak di Hutan Simpan Ulu Kusial. Tempat ini merupakan tempat berkelah dan rekreasi yang popular di kalangan penduduk setempat. Pelancong tempatan dan antarabangsa terdapat banyak kemudahan yang disediakan oleh kerajaan dan pihak berkuasa tempatan seperti tandas awam, wakaf rehat, musalla dan tempat untuk berkhemah, menjalani latihan dan kursus. air terjun yang jernih menjadikan tempat ini sesuai untuk mandi manda dan rekreasi air.

(Sumber: MDTM) 

3/ Jambatan Guillemard

 

 

Jambatan keretapi Guillemard yang merentasi Sungai Kelantan di Kursial Tanah Merah telah dibuka untuk lalulintas pada tahun 1924. Jambatan ini meruapakan jambatan keretapi yang terpanjang di Malaysia. Jambatan ini dibina dalam tahun 1920 dan siap dibina pada bulan Julai 1924. 

Pembukaan jambatan ini adalah untuk laulan keretapi dan kenderaan- kenderaan lain. ia telah dirasmikan oleh KDYMM Al-sultan Ismail Ibni Al-marhum Sultan Muhammad IV pada tahun 1925. Nama 'Guillemard' adalah mengambil sempena nam Gabenor British (Gabenor Negeri-negeri Selat dan Pesuruhjaya Tinggi Negeri-negeri Melayu) pada masa itu iaitu 'Sir Laurence Guillemard'.

(Sumber:MDTM) 

 4/ Mercu Tanda stesen keretapi tanah melayu Bandar Tanah Merah.

 

 5/ Masjid Sultan Ismail Petra.

Hot-Line Norah's Guest House:

010-9313026 (Ahmad)
016-8313664 (Norah)
016-9805652 (Haron)

Lihat Norah's Guest House di Google Map (sila klik peta)

Norah's Guest House Tanah Merah satellite map

Temui kami di facebook

Senarai Tempahan

No upcoming events

Pelawat Terkini

 

 

Anda boleh add 'picBadge' ini di facebook anda